Penulisan Artikel

Kepada,

Semua Guru Cemerlang

Tuan / Puan,

Penulisan Artikel

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Guru Cemerlang Malaysia dengan kerjasama Jemaah Nazir Sekolah (JNS), Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha unttuk menerbitkan sebarang artikel bagi tujuan menggalakkan budaya menulis.

2          Sehubungan itu, tuan/puan diminta menyumbangkan artikel atau kertas kerja untuk dimuatkan dalam terbitan atau buku Guru Cemmerlang.

3.         Panduan menulis artikel sebagaimana lampiran yang disertakan.

4          Sila serahkan artikel atau kertas kerja tuan/puan yang telah siap kepada saya melalui emel,  jaafarjb@yahoo.com.  Segala pertanyaan boleh menghubungi YDP MGCT ditalian 019 9873325.

HJ JAAFAR BIN BAJURI

Yang Dipertua

Majlis Guru Cemerlang Terengganu

Pembelian Buku-buku Terbitan GC

Buku-buku Terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia  (MGCM) dan tie MGCM boleh dibeli melalui Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri (MGCN) masing-masing.  Semua Guru Cemerlang diminta membeli buku-buku tersebut dalam usaha membantu MGCM untuk menjalankan aktiviti secara aktif.

Buku / Bahan                                                                                                     Harga

Buku Antologi Selagi Masih Muda                                                             RM28.00

Buku Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Cemerlang     RM32.00

Tie                                                                                                                   RM25.00

Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2010

Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh                                    :  27 hingga 30 September 2010

Tempat                                 :  Akademi Kenegaraan, Biro Tatanegara, Kuala Lumpur

Tema Persidangan           :  Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa

Portal Pengajian Am

Guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam boleh mendapat maklumat tentang mata pelajaran Pengajian Am di alamat http://norkhatimah.smkbt.com.

Blog MGC Terengganu

Perjuangan guru cemerlang Terengganu akan diteruskan. Semua GC baru diminta memberi komitmen yang jitu bagi menjayakan misi kita.